BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 28 April 2012

Rancangan Pengajaran Harian 30 minit.




RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN   
Tarikh/ Hari:   5.4.2012  / Khamis                                         Masa  :   30 minit                                               Kelas      :     1 Abu Hurairah                                                Bil. Pelajar :   24 orang                                                                        M/ Pel     :    Bahasa Melayu                                                                            
Tajuk      :    Badan saya bersih.
Objektif :                    
1.Melafazkan pantun dua kerat  dengan intonasi yang betul.
2. Membaca baris-baris pantun secara lancar ,dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid-murid sudah biasa mendengar pantun.
Konsep :
Memahami  maksud pantun dan mengetahui bentuk puisi.
Bahan :
1.Kad pantun.               2. Kad perkataan.
Nilai :
-Kepentingan menjaga kebersihan diri.
Kemahiran :
Fokus utama:
1.4  : Melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.
1.4.1  Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul secara didik hibur.


2.    Fokus sampingan:
       2.3 : Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan            intonasi yang betul.
       2.3.1 : Membaca kuat ayat tunggal dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
(3 m)
:
Pantun dua kerat ..

Memperdengarkan pantun dua kerat secara spontan..
Meneka apakah bentuk puisi tersebut sambil melafazkan pantun.

Perkembangan
LANGKAH 1
(7m)









LANGKAH 2
(7m)







 








LANGKAH 3
(10m)

 



Penutup
(3m)

Frasa pantun









Menjaga kebersihan diri.

















Baris pantun.
Memperdengarkan pantun tentang kebersihan diri melalui pita rakaman atau guru melafazkan sendiri.
-Membimbing murid melafazkan semula pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul.


-Bersoaljawab tentang maksud pantun yang telah dibaca.
-Meminta murid mengenal tentang frasa kebersihan diri yang terdapat dalam pantun tersebut..





Mengedarkan lembaran kerja kepada murid untuk memadakan gambar dengan pantun yang sesuai.
-Meminta murid membaca semula pantun yang telah dipadankan dengan gambar.


-Meminta murid membaca semula frasa yang berkaitan tentang kebersihan diri yang terdapat dalam pantun.

Mendengar dengan teliti pantun yang dilafazkan oleh guru.
-Melafazkan pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul dan dengan gaya yang sesuia secara kelas,kumpulan dan individu

-Membaca frasa yang berkaitan dengan kebersihan diri dari pantun yang telah dibaca.
-Memberi pendapat tentang maksud pantun yang telah dibaca.




-Menulis  pantun yang sesuai dengan gambar yang diberi  di dalam lembaran kerja.
-Membaca semula pantun yang telah dipadankan dengan gambar


Membaca semula pantun yang telah dipelajari mengikut sebutan dan intonasi yang betul.



BBM:
-Kad ayat.
-Lampiran 1




















Lembaran kerja 1










Refleksi :
·         24 orang murid dapat melafazkan pantun dua kerat dengan sebutan dan intonasi yang betul.
·         20 orang dapat menulis semula pantun  yang sesuai  dengan gambar yang diberi.


SET  BAHAN PENILAIAN UNTUK RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
                                                LAMPIRAN 1

Baca pantun di bawah.

Ikan keli di atas rakit,
Gosok gigi supaya tak sakit.


Beli sotong masak kari,
Kuku dipotong kuman lari.


Ikan haruan di dalam tangki,
Sabun badan  buang daki.


Naik bot pergi ke hulu,
Cuci rambut tiada kutu.


LEMBARAN KERJA  1

Tuliskan pantun yang sesuai dengan gambar yang diberi.

Ikan keli di atas rakit,
Gosok gigi supaya tak sakit.


Naik bot pergi ke hulu,
Cuci rambut tiada kuutu.

Beli sotong masak kari,
Kuku dipotong kuman lari

Ikan haruan dalam tangki, 
Sabun badan buang daki.






........................................................
.........................................................






............................................................
............................................................




........................................................
........................................................


 




...........................................................
...........................................................








                                                       LEMBARAN KERJA  2
(PENGAYAAN)
Bangun pagi cuci gigi. Gigi kuat gusi sihat.
Ibu suka guru pun sayang. Baju kemas warnanya putih


Lengkapkan pantun di bawah.




1.  Adik mandi di tepi perigi.


     ___________________________






2.  Pergi berehat di Batu Pahat,


    ____________________________






3.  Gelang emas dipakai Mak Utih,


     ___________________________






4.  Beli gula bersama abang,


     ___________________________

























Video Pengajaran dan Pembelajaran 30 minit